Bab 3: Khiar Dalam Perkahwinan
1. Khiar bermaksud salah satu pihak samada suami atau isteri mempunyai hak untuk memilih di antara diteruskan nikahnya atau fasakh.
2. Apabila berlaku pernikahan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak diketahui ada cacat-celanya, maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar.
3. Bagi lelaki yang membolehkan khiar padanya ada
a) Gila.
b) Jazam. ( penyakit kusta )
c) Barash. ( penyakit sopak )
d) Zakar yang terpotong semua sekali atau separuh.
e) 'Unnah ( mati pucuk )
4. Bagi perempuan yang membolehkan khiar padanya ada
a) Gila.
b) Jazam. (penyakit kusta)
c) Barash (penyakit sopak)
d) Rutaqa' (faraj yang tersumbat dengan daging dan menghalang dari persetubuhan)
e) Qurana' (faraj yang tersumbat dengan tulang dan menghalang dari persetubuhan)
5. Jika berlaku salah satu daripada cacat-cela ini maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar, fasakh aqad nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan khiar dihadapan Qadhi.
6. 'Unnah ( mati pucuk ) tidak dinafikan melainkan pengakuan dari suami sendiri di hadapan Qadhi atau dengan saksi yang menyaksikan ikrarnya atau dengan sumpah isteri jika suaminya enggan membuat pengakuan, maka ditetapkan bahawa ia mati pucuk, selepas itu Qadhi memberi tempoh setahun kepada suami supaya berubat.Apabila sudah setahun tempohnya jika ia tidak mampu mensetubuh isterinya maka isteri mengadu kepada Qadhi maka diterima fasakhnya.
0 Responses to "Bab 3: Khiar Dalam Perkahwinan"
Post a Comment